.::sami yusuf::.


Music Playlist
TIGA LELAKI BAKHIL.... 11:46 PM

gambar hanya hiasan...



3 orang sahabat yang terkenal kedekut sedang berkira-kira untuk memberi sedekah sebahagian harta setelah orang ramai mengecam sifat kedekut mereka.


lelaki pertama berkata; "aku akan lukis 1 bulatan di atas tanah kemudian aku akan lemparkan wang ke udara. wang yang jatuh di dalam bulatan itu milik aku, manakala wang yang jatuh diluar bulatan itu milik orang miskin."


lelaki kedua pula berkata; "aku pula akan lukiskan satu garisan memanjang di atas tanah. akan aku lemparkan wang ke langit. wang yang jatuh di sebelah kanan adalah wang aku, wang yang jatuh sebelah kiri garisan akan aku dermakan."


lelaki ketiga diam sejenak. mencari alasan yang lebih hebat. dialah lelaki yang paling kedekut. katanya; "aku pula tidak akan melukis bulatan atau garis lurus di atas tanah. aku akan lemparkan sahaja duit ke langit. duit yang jatuh atas tanah adalah milikku. duit yang tidak jatuh itu milik orang miskin."



0 comments:

Post a Comment