.::sami yusuf::.


Music Playlist
SI KAYA ANAK SI MISKIN... 12:15 AM







di sebuah kampung ada seorang kaya yang kedekut. Jangankan hendak berderma, dengan dirinya sendiri pun dia sangat kedekut.

dia makan makanan yang dicatu. pakaiannya pun lama-lama juga. bukan kerana zuhud, tapi kerana kedekut. dia masih berjalan kaki ke sana ke mari dalam kawasan kampung walaupun sudah mampu membeli sebuah kereta.


orang kaya itu mempunyai seorang anak. sebahagian hartanya telah diamanahkan kepada si anak untuk dijaga.


perangai anak ini sangat berbeza dengan si ayah. dia menikmati kekayaannya. dengan harta si ayah, dia sakan membeli pakaian yang mahal-mahal, membeli makanan yang enak-enak dan membeli sebuah kereta dan meronda ke sana ke mari.





orang kampung hairan melihat perbezaan sikap dua anak-beranak itu.


suatu hari ketika berjalan-jalan di kampung itu, orang pun bertanya; "tuan kenapa tuan berjalan kaki sahaja?"




"ya, selayaknya saya berjalan kaki. saya anak orang miskin. arwah ibu bapa saya dulu orang miskin." jawabnya.

"tapi, anak tuan mampu membeli kereta?"tanya mereka.

"dia lain. dia kan anak orang kaya! sebaliknya saya anak orang miskin..." jawab orang kaya itu dengan selamba.

orang ramai tambah kehairanan....

0 comments:

Post a Comment