.::sami yusuf::.


Music Playlist
KARENAH BIROKRASI... 12:45 AM



"saya orang miskin, terlalu lapar, bantulah saya," rayu seorang pengemis yang nampak begitu dhaif.




pegawai yang menjaga perbendaharaan negara itu merenung pengemis itu dari atas ke bawah. "betulkah awak orang miskin?" tanyanya.




"betul tuan, lihat sahaja tubuh kurus ini. tuan lihat sahaja pakaian saya yang buruk ini," balas pengemis itu lebih hiba.




"tapi, sekarang ramai penipu, entah-entah awak seorang daripadaya."




"tidak tuan, tolonglah, saya lapar."




pegawai mencatat sesuatu di atas kertas.
"baiklah, pada dasarnya saya terima pengaduan awak. tapi, saya akan hantar juga pegawai khusus untuk menyiasat latar belakang awak."





"latar belakang saya??"




pengemis tambah hairan. kemudian dia mengangguk-angguk. "bolehlah sedikit-sedikit."





"kalau begitu, isi cepat borang ini." perintah pegawai.




"saya lapar tuan."




"sebab saya nak bantulah awak kena isi borang ini terlebih dahulu." balas pegawai.




setelah borang diisi dalam keadaan terketar-ketar kelaparan, pengemis merayu lagi. "boleh berikan saya sedikit makanan??"




"oh, belum boleh lagi. kelulusan hanya diberikan apabila pegawai penyiasat selesai membuat laporan yang awak benar-benar miskin. kemudian laporan itu perlu disahkan oleh ketua perbendaharaan."




"berapa lama semuanya akan selesai??"




"terpulang pada keadaan. jika pegawai penyiasat cepat menyerahkan laporan dan kalau ketua kami cepat membuat keputusan, bantuan akan segera diberikan."




"bantuan dalam bentuk apa??"




"itu pihak kewangan pula akan memutuskan. sama ada diberi dalam bentuk wangatau barang-barang keperluan. selalunya pihak kewangan akan merujuk pula kepada pihak operasi."




"pihak operasi??"




"ya, kami takut nanti bantuan kewangan disalah gunakan. jadi, itu memerlukan kepastian yang lebih terperinci."




"bila agaknya saya dapat makanan?? saya sudah 3 hari tidak menjamah apa-apa makanan."




"ya, saya faham. tapi, kita perlu mematuhi kaedah pengurusan."



"berapa lama agaknya??"


"paling cepat seminggu, tapi terpulanglah pada keadaan...."


pengemis kecewa. apakah ketika segala urusan selesai dia masih hidup untuk mendapatkannya?????



0 comments:

Post a Comment