.::sami yusuf::.


Music Playlist
Peliharalah diri kita~ 6:41 AM




TEMANKU……..
ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA SAMA,
DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN,
CUMA AMALAN MANUSIA ITU BERBEZA-BEZA
ADA YANG LALAI DENGAN ANGAN-ANGAN,
ADA YANG TEKUN BERUSAHA,
TENTU NASIB MEREKA BERLAINAN
KERANA ALLAH MAHA ADIL SIFATNYA
KELALAIAN DIBALAS DENGAN KEGAGALAN
KERAJINAN DIBALAS KEJAYAAN DAN PAHALA…..
KAU DIBERI PELUANG MEMBUAT PLIHAN,
KAU JUA YANG TANGGUNG NATIJAHNYA

SEDARLAH TEMANKU…JUA DIRIKU…
KITA MUSAFIR DIDUNIA
KITA AKAN PULANG KEPADANYA
HIDUP DIDUNIA AKAN DITANYA
APAKAH DIISI DENGAN SEBAIKNYA
ATAU KESERONOKAN SEMATA-MATA?
MAHUKAH KITA HIDUP TERHINA?
TANPA ILMU SEBAGAI BEKALNYA
KELAK DISANA RENDAH DARJATNYA
TEMANKU…

RENUNGILAH SEBIJI CAWAN,
JIKA TIDAK DITUANG AIR,
MOLEKUL UDARA MEMENUHINYA
BEGITU JUA DIRI KITA 
JIKA TIDAK DIISI ILMU DAN IMAN 
AKAN ADA ANASIR-ANASIR LAIN BERMAHARAJALELA
DIRI KITA PERLU PENGISIAN
DENGAN ILMU DAN AGAMA 
AGAR HIDUP DEKAT DENGANNYA
BARULAH HATIMU TENANG BAHAGIA

TEMANKU……
BANGKITLAH DARI LENAMU YANG PANJANG DAN TAK PERNAH BERKESUDAHAN,
JANGAN BIARKAN DIRIMU JATUH SELAMANYA,
KAU PUNYA KEKUATAN UNTUK BANGKIT SEMULA DAN MARA BERLARI KENCANG
BERJUANGLAH TEMANKU SAYANG….
TANPA MENGENAL PENAT DAN JEMU
BIAR HIDUP KITA DERITA DENGAN USAHA KELAK KITA AKAN DIMULIA JIKA TIDAK DIDUNIA,
NUN DI SYURGA…………

SALAM SETINGGI UKHUWAH SEKENCANG DAKWAH~

0 comments:

Post a Comment