.::sami yusuf::.


Music Playlist
Fathi Yakan 6:44 AM

Hilangnya Sebutir Permata

Allahyarham Syeikh Dr Fathi Yakan

Allahyarham Syeikh Dr Fathi Yakan

Pemergiannya ditangisi Kehilangannya dirasai Hilangnya Sebutir Permata yang dihargai Seorang Syeikh Tarbiyah yang disegani   Petang Sabtu yang lepas, saya menerima mesej daripada sahabat karib saya, Ustaz Ahmad Muhtad tentang pemergian Almahrum Syeikh Dr Fathi Yakan. Rasa sayu dan sebak menerima berita ini. Mana tidaknya, siapa yang tidak mengenali Syeikh Tarbiyah yang banyak sumbangan kepada gerakan Islam. Syeikh Dr Fathi Yakan dikenali sebagai penulis dan pelopor gerakan Islam. Buku-buku tulisannya menjadi inspirasi para dai, juru dakwah dan aktivitis dakwah Islam seantero dunia. Menurut berita yang saya baca, beliau telah wafat pada Asar hari Sabtu jam 4.45 petang dan Jasadnya dipindahkan pada hari pagi Ahad dari Hospital Otel Deo di Timur Beirut ke Tarablas di Utara Lubnan.

Saya mulai mengenali nama Syeikh Dr Fathi Yakan semasa dibangku sekolah menengah lagi. Semasa tingkatan empat, saya mendapat hadiah bersempena dengan Anugerah Hari Kecemerlangan sekolah. Hadiah yang saya terima adalah sebuah buku tulisan Ustaz Dr Fathi Yakan. Tajuk buku itu adalah Maza Ya’ni Intimaii’ lil Islam ( Apa Erti Saya Memeluk Islam). Buku itu saya belek-belek dengan penuh cermat dan penuh minat. Alhamdulillah, dengan penuh kesedaran dan minat pada ketika itu, saya berjaya membaca dan cuba memahami isi kandungan buku tersebut dalam tempoh 3 minggu.

Tambahan pula, ketika itu, Buku tulisan Dr Fathi Yakan dijadikan perbincangan di dalam Perhimpunan sekolah saya dan diulas sendiri oleh Dato’ Mudir sekolah saya, Al-Fadhli Ustaz Dahlan Bin Mohd Zin. Secara tidak langsung,ia menambahkan pemahaman saya telah Islam itu sendiri. Uniknya tulisan Dr Fathi Yakan, beliau menyusun dan menulis buku dengan penuh sistematik. Mungkin ramai dikalangan kita tidak mengetahui bahawa, Dr Fathi Yakan dahulunya adalah seorang Jurutera.  Namun, beliau lebih dikenali sebagai Dai’ dan Ustaz. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab untuk Ijazah Kedoktoran ( PhD). Beliau terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 1950an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an.

Seingat saya antara kata-kata Syeikh yang pernah saya baca ialah : “ … meskipun kegelapan itu masih panjang menyelubungi dunia Islam. Namun yakinlah Masa depan tetap milik Islam.”

Saya benar-benar terkesan dengan ungkapannya. Penuh dengan keyakinan dan sentiasa memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja untuk terus memperjuangkan Islam.

Semasa hayatnya, Syeikh Dr Fathi Yakan telah mengarang 35 buku. Bagi saya inilah peninggalan yang sangat berharga yang ditinggalkan oleh Almarhum Syeikh. Sememangnya buku beliau, sentiasa menjadi rujukan saya dalam memahami Islam dan menyuntik semangat dalam memahami tuntutan Gerakan Islam dewasa ini. Antara bukunya yang pernah saya tatap dan baca ialah Asas-asas Islam, Bahtera Penyelamat dalam kehidupan Pendakwah, Kaifa Nadwu Lil Islam dan Menuju Jalan Ketaqwaan. Seluruh Gerakan Islam sedunia kehilangan sebutir permata berharga dengan pemergian Allahyarham Syeikh Dr Fathi Yakan. Semoga Allah SWT meletakkan beliau tergolong dalam golongan Muttaqin dan soleh. Amin.




0 comments:

Post a Comment