.::sami yusuf::.


Music Playlist
bangkitlah.. 6:30 AM

LELAKI..

DULU,
BILA DISEBUT LELAKI,
WANITANYA MENDONGAK MEGAH,
LELAKI KAMI ASADULLAH,SAIFULLAH,
TOKOH RAMAI TAK TERKIRA,
KINI,
BILA DISEBUT LELAKI,
WANITANYA MENUNDUK LEMAH,
TOKAH KAMI SEDIKIT SEKALI,
RAMAINYA,BONEKA YAHUDI.

DULU,
BILA DISEBUT LELAKI,
WANITANYA TENANG DI HATI,
LELAKI KAMI MENJAGA,MELINDUNGI,
KINI,
BILA DISEBUT LELAKI,
WANITANYA MAHU CABUT LARI,
LELAKI KHIANAT,PEROGOL BERSIRI.

DULU,
BILA SESEORANG WANITA TERANIAYA,
SEPASUKAN KUDA PUTIH MEMBELA,
AL-MU'TASIM KEBANGGAAN WANITA,
KINI,
RIBUAN WANITA SUCI DIPENJARA,
FATIMAH DIPERKOSA MINTA DIBELA,
LELAKI TUNDUK TAK BERTENAGA.

DULU,
BILA WANITA DI BAWAH JAGAANNYA,
LELAKI MEMAGARI SEHABIS DAYA,
TIADA SIAPA BERANI MENGGODA,
KINI,
BILA WANITA DI BAWAH JAGAANNYA,
LELAKI TAK KISAH AURATNYA TERBUKA,
WANITA DIBIAR BEBAS,BINASA.

DULU,
LELAKI MENGGADAI HARTA DAN NYAWA,
UNTUK MENGANGKAT KEMULIAAN AGAMA,
KINI,
LELAKI MENGGADAI KETINGGIAN AGAMA,
DEMI NAFSU,DUNIA DAN SEISINYA.

DULU,
LELAKI BERMATIAN MENCIPTA SEJARAH,
KENTAL BERJIHAD, TEKUN BERDAKWAH,
KINI,
LELAKI HANYA MENYANJUNGI SEJARAH,
DIRI BERMALASAN, TENAGA TAK DIKERAH.

DULU,
LELAKI MEMPERJUANGKAN DEEN DAN UMMAH,
AL-FAROUQ, ZUNURAIN MATI TERBUNUH,
KINI,
LELAKI MEMPERJUANGKAN DIRI DAN KRONINYA,
HINGGA SANGGUP MEMBUNUH.

DULU,
LELAKI BERSATU MENGHADAPI MUSUH,
ANGKATANNYA KUAT DAN TEGUH,
KINI,
LELAKI BERPUAK DAN BERPECAH,
SESAMA SENDIRI SALING BERTELINGKAH.

KEMBALILAH LELAKIKU,
PADA KELAKIANMU,
KAMI RINDUKAN LELAKI DULU,
ACUAN MADRASAH RASUL....


____________________________________________________________________________________


Puas ku rayu, puas ku seru,
namun jawapannya tetap sama, 
lantas aku meng'iya'kan kata-kata itu:
'kita cuba untuk memegang tangan mereka,
namun, cara mereka seolah-olah mahu kita melepaskannya...
Terbuktilah sudah kalam Allah itu:
'yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu meubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'
[Surah Al-Anfaal: 53]
ya! memang susah,
kerana Rasulullah s.a.w. bukan berdakwah hanya sehari,
tetapi bertahun-tahun,
layakkah kita, untuk mengeluh??
sedangkan bermacam-macam mehnah ujian Baginda tempuhi, kita sekrang lebih mudah, 
tidak seperti zaman awwalun saabiqun dahulu...
walau bagaimana pun, harus kita teruskan, 
kerana kita bukan pemula generasi,
kitalah penyambung generasi,
generasi dahulu, generasi Al-Quran,
Bak kata Hasan AL-Banna
“Tanggungjawab melebihi masa yang ada

Dan tarbiyyah yang bersalutkan ilmu dan cabaranlah

Yang dapat mendewasakan dirimu…”


teruskan wahai syabab, teruskanlah wahai fatayat!
membentuk peribadi itu bukan mudah, 
ia memerlukan masa untuk berubah.
namun jangan lengahkan masa lagi,
kerana dunia telah pun tua.
Bergeraklah mengikut sisterm,
sistem Allah, sistem Islam!

0 comments:

Post a Comment