.::sami yusuf::.


Music Playlist
pengorbanan anak kecil... 8:05 PM


Kisah ini terjadi di Palestin. Pada waktu perang salib antara pasukan kaum muslimin. Pasukan salib yang berasal dari pelbagai penjuru Eropah datang ke Palestin, memerangi kaum muslimin di sana.





di Palestin ada sebuah keluarga miskin terdiri daripada seorang ibu dan anaknya. Ibunya berkata kepada anaknya," pasukan salib telah menguasai daerah kita dan merampas semua kekayaan kita. kita tidak memiliki apa-apa lagi kecuali seekor kambing. anakku, ibu minta kamu agar menjaganya dengan baik kerana itulah harta kita satu-satunya."









sang anak membawa kambingnya ke tempat pengembalaan yang subur dan membiarkan kambing itu makan rumput-rumput hijau yang segar. ketika kambingnya asyik makan, dia duduk di bawah pohon yang rendang sambil mengawasinya. anak itu berkata kepada dirinya sendiri," susu yang akan keluar dari kambing ini adalah satu-satunya sumber makanan bagiku dan ibuku. sebahagian susu itu akan aku jual ke pasar dan sebahagian lagi untuk minum. maka aku harus mengembalakannya dengan baik."









ketika dia sedang asyik berfikir dan mengelamun, tiba-tiba dia mendengar derap kaki kuda. dia melihat kearah datangnya suara itu, di kejauhan debu mengepul dan dia melihat ada rombongan pasukan datang. segera dia lari ke arah kambing kesayangannya dan membawanya bersembunyi ke semak-semak yang rimbun. dari balik semak, anak itu melihat pertempuran yang sengit. sekelompok pasukan salib sedang mengejar pasukan kaum muslimin. anak itu terus menunggu sampai pasukan itu menjauh. lalu dia menuntun kambingnya menuju rumah untuk melihat keadaan ibunya.








saat dia sudah hampir dengan rumahnya, dia melihat seorang tentera muslimin sedang memapah temannya yang sakit. tentera itu meminta anak tersebut seteguk air untuk diminum. anak itu tidak menemukan air di rumahnya kecuali sedikit dan tidak cukup untuk minum. anak itu segera berfikir. dia kembali ke rumahnya mengambil mangkuk lalu memerah susu kambingnya dan memberikannya kepada kedua tentera tersebut.








ketika dia merasa masih kurang, dia kembali memerah susu kambingnya sehingga keduanya cukup minum. kedua tentera itu mengucapkan terima kasih padanya. tentera yang cedera berkata kepadanya dalam kepayahan,"Allah memberkatimu, anakku. kau telah menyelamatkan nyawaku."








keduanya lalu pergi. sang anak masuk ke dalam rumahnya. sang ibu marah melihat apa yang dilakukan anaknya. "apa yang kau lakukan, anakku?1 kau telah memerah semua isi susu kambing kita dan kau berikan pada kedua tentera itu, dan tidak kau tinggalkan untuk kita sama sekali!!"









sang anak berkata dengan lembut kepada ibunya," ummi, kita sabar sebentar. tak lama lagi susu kambing itu akan terisi kembali, ummi. aku tidak sanggup membiarkan tentera cedera mati kehausan.








bulan berganti bulan, kaum muslimin di bawah pimpinan sultan Salahuddin Al-ayyubi akhirnya memenangi peperangan. tatkala anak itu sedang bermain di halaman rumahnya, dia melihat dua orang berjalan ke arahnya. keduanya mengiring kambing yang cukup banyak jumlahnya. salah seorang dari keduanya berkata,"Anak yang soleh, ini kambing jumlahnya 40 ekor. semuanya dihadiahkan untukmu dari komanden kami. kau telah berjasa menyelamatkan nyawanya."









"tetapi, aku tidak melakukan hal yang selayaknya untuk menerima hadiah yang sebanyak ini tuan," sahut si anak.










"bahkan kau telah berjasa besar sekali. kau telah menyelamatkan nyawa salah seorang komanden pasukan kepercayaan sultan salahuddin. secara tidak langsung kau telah ikut serta dalam kemenangan kaum muslimin." kedua tentera tersebut menyalami anak itu dengan hangat lalu pergi.








ketika kedua tentera itu melangkah pergi, sang ibu keluar dari rumah. dia terus mendakap anaknya dengan penuh kasih sayang seraya berkata,"aku telah mendengar semua percakapan kalian, anakku. segala puji bagi Allah yang telah menggantikan harta kita yang hilang."








"amal kebaikan tidak pernah hilang, ummi." jawab sang anak lirih.





0 comments:

Post a Comment