.::sami yusuf::.
| .::PAKU YANG LEKAT DI HATI::. | 4:52 AM |
|
comments (0)
Filed under:
|
|
“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”
“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.
“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.
| KARENAH BIROKRASI... | 12:45 AM |
|
Filed under:
|
|
"saya orang miskin, terlalu lapar, bantulah saya," rayu seorang pengemis yang nampak begitu dhaif.
pegawai yang menjaga perbendaharaan negara itu merenung pengemis itu dari atas ke bawah. "betulkah awak orang miskin?" tanyanya.
"betul tuan, lihat sahaja tubuh kurus ini. tuan lihat sahaja pakaian saya yang buruk ini," balas pengemis itu lebih hiba.
"tapi, sekarang ramai penipu, entah-entah awak seorang daripadaya."
"tidak tuan, tolonglah, saya lapar."
pegawai mencatat sesuatu di atas kertas.
"baiklah, pada dasarnya saya terima pengaduan awak. tapi, saya akan hantar juga pegawai khusus untuk menyiasat latar belakang awak."
"latar belakang saya??"
pengemis tambah hairan. kemudian dia mengangguk-angguk. "bolehlah sedikit-sedikit."
"kalau begitu, isi cepat borang ini." perintah pegawai.
"saya lapar tuan."
"sebab saya nak bantulah awak kena isi borang ini terlebih dahulu." balas pegawai.
setelah borang diisi dalam keadaan terketar-ketar kelaparan, pengemis merayu lagi. "boleh berikan saya sedikit makanan??"
"oh, belum boleh lagi. kelulusan hanya diberikan apabila pegawai penyiasat selesai membuat laporan yang awak benar-benar miskin. kemudian laporan itu perlu disahkan oleh ketua perbendaharaan."
"berapa lama semuanya akan selesai??"
"terpulang pada keadaan. jika pegawai penyiasat cepat menyerahkan laporan dan kalau ketua kami cepat membuat keputusan, bantuan akan segera diberikan."
"bantuan dalam bentuk apa??"
"itu pihak kewangan pula akan memutuskan. sama ada diberi dalam bentuk wangatau barang-barang keperluan. selalunya pihak kewangan akan merujuk pula kepada pihak operasi."
"pihak operasi??"
"ya, kami takut nanti bantuan kewangan disalah gunakan. jadi, itu memerlukan kepastian yang lebih terperinci."
"bila agaknya saya dapat makanan?? saya sudah 3 hari tidak menjamah apa-apa makanan."
"ya, saya faham. tapi, kita perlu mematuhi kaedah pengurusan."
"berapa lama agaknya??"
"paling cepat seminggu, tapi terpulanglah pada keadaan...."
pengemis kecewa. apakah ketika segala urusan selesai dia masih hidup untuk mendapatkannya?????
| RENUNGAN... | 12:32 AM |
|
Filed under:
|
|
marilah sama2 renungkan ayat ni..
penerbangan kita bkn dgn pswat AIRLINE,
tp KERANDA yg dpandu 4 mnusia mnjadi roda,
bekal kt bkn WANG&HARTA
tp amal&ibadah,
baju yg kita pakai bkn jenama LEVIS/CROCODILE tp kain KAFAN,
yg melayani kt bkn PRAMUGARI tp MALAIKAT MUNKAR NAKIR,
PENDARATAN KT BKN JAPAN/USA,yp tanah PEKUBURAN,
pasport kt bkn MSIA tp AL-ISLAM,
VISA kita bkn 2 thn tp SELAMANYA,
tmpt tidur kita bkn SPRINGBED tp TANAH LIAT,
ADAKAH ANDA SUDAH B'SDIA???
SEMOGA AMAL & IBADAH KITA MEMUDAHKAN PENDARATAN KITA
| SI KAYA ANAK SI MISKIN... | 12:15 AM |
|
Filed under:
|
|
di sebuah kampung ada seorang kaya yang kedekut. Jangankan hendak berderma, dengan dirinya sendiri pun dia sangat kedekut.
dia makan makanan yang dicatu. pakaiannya pun lama-lama juga. bukan kerana zuhud, tapi kerana kedekut. dia masih berjalan kaki ke sana ke mari dalam kawasan kampung walaupun sudah mampu membeli sebuah kereta.
orang kaya itu mempunyai seorang anak. sebahagian hartanya telah diamanahkan kepada si anak untuk dijaga.
perangai anak ini sangat berbeza dengan si ayah. dia menikmati kekayaannya. dengan harta si ayah, dia sakan membeli pakaian yang mahal-mahal, membeli makanan yang enak-enak dan membeli sebuah kereta dan meronda ke sana ke mari.
orang kampung hairan melihat perbezaan sikap dua anak-beranak itu.
suatu hari ketika berjalan-jalan di kampung itu, orang pun bertanya; "tuan kenapa tuan berjalan kaki sahaja?"
"ya, selayaknya saya berjalan kaki. saya anak orang miskin. arwah ibu bapa saya dulu orang miskin." jawabnya.
"tapi, anak tuan mampu membeli kereta?"tanya mereka.
"dia lain. dia kan anak orang kaya! sebaliknya saya anak orang miskin..." jawab orang kaya itu dengan selamba.
orang ramai tambah kehairanan....
| TIGA LELAKI BAKHIL.... | 11:46 PM |
|
Filed under:
|
|
gambar hanya hiasan...
3 orang sahabat yang terkenal kedekut sedang berkira-kira untuk memberi sedekah sebahagian harta setelah orang ramai mengecam sifat kedekut mereka.
lelaki pertama berkata; "aku akan lukis 1 bulatan di atas tanah kemudian aku akan lemparkan wang ke udara. wang yang jatuh di dalam bulatan itu milik aku, manakala wang yang jatuh diluar bulatan itu milik orang miskin."
lelaki kedua pula berkata; "aku pula akan lukiskan satu garisan memanjang di atas tanah. akan aku lemparkan wang ke langit. wang yang jatuh di sebelah kanan adalah wang aku, wang yang jatuh sebelah kiri garisan akan aku dermakan."
lelaki ketiga diam sejenak. mencari alasan yang lebih hebat. dialah lelaki yang paling kedekut. katanya; "aku pula tidak akan melukis bulatan atau garis lurus di atas tanah. aku akan lemparkan sahaja duit ke langit. duit yang jatuh atas tanah adalah milikku. duit yang tidak jatuh itu milik orang miskin."
| SELAMAT PENGANTIN BARU.... | 7:05 PM |
|
Filed under:
|
|
| kem cuti sekolah... | 10:00 PM |
|
Filed under:
|
|
pada 31.11.09, tepat pukul 5.00 pagi, saya, maryam dan ahmad dihantar ke lapangan terbang K.L.I.A untuk flight ke bintulu... tujuannye hanya 1, untuk menghadirkan diri ke kem cuti sekolah yang diadakan selama 15 hari 14 malam, di bintulu...
ketibaan kami di bintulu air port disambut oleh sahibah bintulu, mak cik Hanidah Shahdan bersama anak lelakinya, Afif...
malamnya, kami melelapkan mata dalam bilik tetamu di madrasah al-quran, milik mak cik Hanidah sekeluarga... =)
1.12.09
hari ini, bermulalah pengembaraan kami di Dewan Martabat, tempat kem ini diadakan...
kami melalui hari ini dengan tenang... =)
sesi takruf dibuat pada malam hari....
para fasilitator dan ustazah...
nie ustazah Hanidah Shahdan...
fasilitatornya pulak...

yg ditengah tu bukan facy ye...
harap maklum...
2 orang facy je...
k. nad dan k. siti.... =)
bilangan peserta perempuan cume 14 orang je...
termasuk seorang budak comel...
umurnya 9 tahun...
tapi, lain pula semasa sesi takruf...
dia memaklumkan kpd kami bhwasanya umurnya sudah 19 tahun...
pelik2...
budak comel tersebut diberi nama Tasnim Qonita binti Aminuddin...
maaflah, gambarnya senget... =)
beralih kepada peserta seterusnya...
peserta dari mukah...
jangan keliru...
hanya 4 orang je yg dtg dari mukah...
kite tolak tasnim ke tepi..
alihkan ustazah hanidah dan 2 orang facy...
so, tinggal 4 org...
(yg dtg dri mukah) dri kiri...
hidayah (f.1), nazifa (f.1), hikmah (f.3) dan nafisah (f.3)...
peserta yang datang dari bintulu pula.....
7 orang kesemuanya...
peserta dri bintulu....
dari kiri..
najian (f.3), shahrizat (f.2), munirah (f.2), nazirah (f.4), asyikin (f.4), umi kalthum (f.4) dan yang duduk tu fatin najwa (f.2)....
ada peserta yang kurang ke?????
sapenye???
hmm....
ohh!!
peserta dari K.L...
lupa pulak...
hehe
peace no war...
nie la peserta dari K.L...
tak payah perkenalkan kot...
hehe =P
2.12.09
lepas sarapan je, kami berkumpul dengan peserta lelaki....
ade aktiviti explorace....
sebelah petang pulak...
ada permainan keretapi....
cara bermain senang je...
setiap ahli kumpulan kene tutup mata, kecuali ketua kumpulan....
para fasi telah sediakan jalan-jalan yg perlu kami lalui...
dengan syarat, ketua kumpulan tidak boleh menyebut perkataan yang menandakan arah...
faham-faham je la... =)
3.12.09 - 5.12.09
hari-hari nie dipenuhi dengan kelas2 yang wajib dihadiri....
kelas feqah & mahfudzot oleh ustaz Aminuddin...
kelas aqidah oleh ustaz Ali Fathullah....
kelas akhlak oleh ustaz Mahdi Lamit...
kelas2 nie cume ade waktu pagi je...
sebelah petang, ade aktiviti lain pulak...
relax je kem cuti sekolah ni....
siap bawa novel lagi.....
waktu solat pun teratur....
solat di surau....
sambil ikut kem, nak juga pahala mengimarahkan surau... =)
6.12.09
hari ini, kami dibawa melawat taman Tumbina...
para pembaca yang tidak pernah melancong ke bintulu mesti tertanye-tanye....
"Tumbina tu mende??"
hehe...
sebenarnye, asal perkataan Tumbina nie adalah campuran 'TUMbuhan + BINAtang'...
so, kat sane, x de ape selain dari tumbuhan dan binatang...
kami bergambar di depan Taman Tumbina...
fuh... berdiri je kat situ dah hampir lencun baju ngan peluh...
kami bergambar di kompleks reptilia....
dari kiri, kak umi, kak hikmah, kak nazirah dan seorang lagi kakak fasi... kak aisyah namanya...
sume nie peserta kem cuti sekolah...
mane yang paling comel???
jwpnnye: Tasnim Qonita binti Aminuddin..
=)
banyak binatang yang kami tengok...
antaranya, harimau yang diberi nama Manai...
burung tiung....
macam-macam lagi....
7.12.09 - 11.12.09
hari-hari ini dipenuhi dengan kelas-kelas agama.....
di sebelah petang pula, ada aktiviti dalam kumpulan....
inilah hasil titik peluh kami....
nama kumpulan, motto kumpulan dan logo kumpulan tertera di depan anda...
ini baru 1 kumpulan....
kumpulan lain tak sempat bergambar....
pada petang 9.12.09, kami pergi swimming di kolam renang awam bintulu...
melihat mereka seronok berenang, terasa nak berenang jugak...
tapi, keadaan tak mengizinkan...
kami yang lain syok duduk di tepi kolam renang....
=)
pasrah aje la....
malamnya, kami ada kelas
inilah pengisian yang kami perolehi drpd abang-abang UPM....
tajuk pengisiannya.... 'Ini Sejarah Kita'...
ataupun... (ISK)
pada 10.12.09, kami dibawa melawat Bintulu Port pada sebelah petang...
kami semua bergambar di hadapan bangunan Bintulu Port...
kami menjamu selera selepas memasang telinga mendengar ceramah daripada wakil Bintulu Port...
sedap-sedap makanan kat sane....
nampak kotak-kotak hadiah tu??
kami dapat cenderahati dari Bintulu Port....
selepas lawatan ke Bintulu Port, kami singgah di Mall Bintulu.....
maklumlah, wanita mana boleh hidup tanpa shopping...
boleh dikatakan tiap-tiap bulan gi shopping....
apa yang kami beli???
makanan dan novel...
tak banyak pun...
tapi, hati rasa puas dapat keluar shopping....
saya rasa kem ni la yang paling cool...
mane ada kem yang benarkan gi shopping....
=)
12.12.09 - 13.12.09
sepanjang 2 hari ni, kami ada KBM (Keindahan Bersama Mu)
jangan keliru...
bukan Bersama Mu tv3....
ini, Bersama Mu krj....
para faci nya...
abang lang, abang fais, abang fidot, abang ahmad, abang mirol, abang afiq, abang mujahid,
kak aisyah, kak sarah, kak yati, kak azi, dan kak myrah....
sesi ini kami namakan sesi 'KEM BENGKAK MATA'
sebab semua peserta tak kira perempuan mahupun lelaki akan menangis....
macam mana boleh menangis???
tu saya tak nak cerita...
sebab kalau nak tahu, kena laluinya sendiri...
terlalu sukar untuk digambarkan melalui penulisan....~
pada malam 13.12.09, kami dibawa ke madrasah al-quran bagi melancarkan majlis penutupan kem cuti sekolah... (untuk peserta perempuan sahaja)
hadiah diberikan mengikut kategori masing-masing...
kategori peserta paling kecil dimenangi oleh adik Tasnim Qonita binti Aminuddin....
peserta yang paling tak banyak karenah dimenangi oleh Munirah Alifan....
=)
ni pula kategori peserta paling gigih....
ada juga kategori peserta paling aktif menghadiri kelas...
dimenangi oleh adik Hidayah...
kategori paling awal ke surau dimenangi oleh kak Asyikin, kak umi dan kak Nazirah....
Ini pula kategori yang selalu berada di saf hadapan ketika solat....
dimenangi oleh 4 sekawan dari Mukah....
tahniah...
ada juga kategori peserta yang menunjukkan perubahan yang ketara semasa di kem...
pemenangnya, Najian dan Fatin...
hadiah kumpulan pula....
SECOND: kumpulan An-Nisa' (pasrah ajak la)
THIRD: kumpulan Ana Muslimah...
14.12.09
malamnya, pelancaran majlis penutupan kem cuti sekolah 2009 secara rasmi....
15.12.09
gotong-royong membersihkan kawasan Dewan Martabat...
semua peserta pulang ke rumah masing-masing...
saya, maryam dan ahmad pulang ke madrasah Al-quran...
16.12.09
kami selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa K.L.I.A pada jam 6.45 petang...
ahh!! lega datang pulang ke pangkuan keluarga...
p/s: harap dapat ikut kem cuti sekolah 2010 pula...
=)
wallahua'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)




























