.::sami yusuf::.


Music Playlist
5:48 AM




Jalan hidupku yang berliku-liku, berwarna warni, 
sabarla kesabaran~ 

saat itu pasti tiba
berusha!!


Garisan Masa


Masa pantas berputar
Berputar halus di dada dinding
Dada dinding medan hitungan
Hitungan jarinya petunjuk detik


Detiknya seolah sapaan lembut
Sapaan lembut bagi insan
Insan bernyawa lagi berakal
Berakal tentang detik waktu


Waktu yang hanya seketika cuma
Cuma terkadang melangkaui batasan
Batasan yang wujud sekian lama
Lama bukan bererti tua


Tua bukan bermaksud lemah
Lemah ada tegasnya
Tegas bagi mereka yang leka
Leka dengan syurga ciptaan


Ciptaan yang hanya sementara
Sementara menuju lembah abadi
Abadi kekal jangan disangkal
Disangkal kekal tiada undurnya


Undurnya masa rayu dikembalikan
Dikembalikan ke dunia dengan harapan
Harapan itu hanya sia-sia
Sia-sia bagi manusia yang alpa


Alpa dari mengambil ikhtibar
Ikhtibar tersirat wahyu Ilahi
Wahyu Ilahi ada bicara


Bicara tentang ‘Demi Masa’
Demi Masa wahai sahabatku
Demi Masa..



“Demi Masa.. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran” (Q.S. al – ‘Ashr : 1 – 3)


1 comments:

Mohd Syihabuddin bin Mohd Yatim said...

sedap dah puisi ni.. kalau anti nyanyi lagi sedap... huhuhu many people dont know to manage thire time..

Post a Comment