.::sami yusuf::.


Music Playlist
Hajatku ingin melangkah lebih jauh 10:00 PM







sendirian, aku berfikir. tentang masa depanku yang kelabu. tentang harapan-harapanku dan cabaran-cabaran yang akan kutempuhi. pantas tanganku mencoret segalanya di atas kertas. menterjemahkan segala ideaku dalam bentuk tulisan.



menulis dan terus menulis



otakku ligat bekerja dan pen tidak berhenti menumpahkan dakwatnya. aku terfikir akan persoalan:




"siapakah sebenarnya aku?"



aku berfikir dan akhirnya aku menemui jawapannya.



aku, ialah hamba yang x akan merdeka
aku, ialah seorang anak
aku, merupakan seorang pemimpin masa depan
dan aku hakikatnya cuma seorang manusia sama seperti kamu semua..




aku juga terfikir akan cita-citaku. juga harapan ibubapa yang terpikul di atas bahuku ini.



cita-citaku tinggi. setinggi bintang di angkasa raya. namun aku masih berpijak di bumi nyata. cita-citaku memang besar tetapi tidak mustahil untuk direalisasikan. cuma memerlukan pengorbanan yang tinggi dan usaha yang berterusan. ini kerana aku yakin yang harga sebuah kejayaan amat mahal. bukan calang-calang orang yang bisa menggenggamnya....

0 comments:

Post a Comment