.::sami yusuf::.


Music Playlist
"Bahagia itu Sememangnya Membahagikan"-Harits- 10:27 PM






Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam....



Hari ini aku sangat bahagia. diri terasa dekat dengan pencipta. diri merasakan kehadiranNya, pemerhatianNya. diri ini menerima rahmatNya, kasih-sayangNya. diri ini terasa perlindunganNya setiap detik...




Bahagianya.....




Aku bebas dari belenggu zulmat yang mencengkamku kebelakangan ini. BEBAS....



Bahagia......



Ingin sekali aku kongsikan kebahagiaan ini kepada kalian. Andai dapat ku kongsi dan letak di hati kalian, bertambahlah kebahagiaanku. sememangnya aku bahagia melihat bahagianya kalian..




Ya, akan ku kongsi dengan kalian detik aku mendapat bahagia ini.





semua terjadi pada petang semalam. usai makan malam, aku menuju ke musolla. ketika itu hati masih lagi dingin, beku dan sakit. aku langkahkan kaki ke musolla dan berhajat untuk membaca Al-Quran. hajatku cuma satu, mahu menyembuhkan lara hati ini.





namun Allah sebenarnya sayang padaku. Dia tidak membiarkanku di bawah selamanya. petang itu Allah mengutuskan rahmatnya melalui seorang sahabat yang amat kucintai...



Muhammad Luqmanul Hakim bin Muhammad Jamil... hadiah Allah buat ana..




tahukah kalian apa yang diungkapkannya kepada ana selepas setia mendengar masalahku?!






"Harits, syaitan itu akan berusaha bersungguh2 utk melalaikan manusia. syaitan x akan berhenti menyesatkan manusia. kalaulah satu saat nta lupa pada Allah, itu bermakna dia telah berjaya. lantas syaitan akan terus berusaha utk melalaikan nta pada saat2 seterusnya. tiada satu saat pun yang dia terlupa atau terleka. jadi nta mesti tahu yang x ada satu saat pun kita dibenarkan utk lupa kpd Allah. terputusnya hubungan kita dgn Allah walau sesaat, berdosalah jawabnya..."





Terkedu ana. hati menjadi sebak. barulah ana sedar selama ini telah lama lalai, terleka. diri ini berterusan membuat dosa. hinanya diri saat itu.




kalian yang disayangi..


tahukah kalian apakah soalan sahabat ana yang terakhir?!


"harits, nta nak jalan ambil Al-Quran, berapa lame nta lupe kat Allah?!"




Allahuakbar!!



Soalan inilah yang meleraikan rantai di hati. barulah ana menyedari sebab Allah menurunkan firmanNya yang berbunyi:


"Barangsiapa yg melakukan kebaikan walau sebesar zarrah, dia akan mendapat balasannya. dan barangsiapa yg melakukan kejahatan walau sebesar zarrah, dia akan mendapat balasannya."





justeru kalian yg cukup dicintai. renungkan:


*bukankah kita sudah memetrai janji akan mengEsakan Allah setiap detik?!
*bukankah kita hidup di buana hanya utk tunduk patuh kepadaNya?!
*lantas, bisakah kita utk melupakan Allah walau sesaat?!
*dapatkah kita jawab penghisaban Allah yg Maha Teliti di Sana nanti?!




kalian yang dirindui.. 



tiadalah tujuan bagi keberadaan kita di dunia selain utk beribadah kpd Allah dan tugas ini bukannya berwaktu. MengEsakan Allah perlu dijalankan setiap langkah kaki, setiap denyutan jantung dan hembusan nafas. barulah Allah akan melimpahi kita dengan rahmatNya. barulah kita akan bahagia...



tidak mahukah kalian merasa bahagia?!



mari sama2 menuju bahagia dgn pengabdian diri yg t0tal...



~yang terindah
sahabatmu...



hmm... 10:21 PM










Hidup tanpa cinta terasa hambar
Apalagi jika terasa yang diri amat jauh dari redhaNya
Ah, sungguh benci aku pada perkara yg bernama maksiat ini
Kerana engkaulah, aku lemah dan putus asa
Aku juga berasa makin jauh dari Allah s.w.t





Siapa yang sudi mendengar?
Keluh rintih hamba yang seorang ini?
Sudikah kau wahai teman
Mendengar setia setiap rintihku
Tenang menyabarkan amarahku..






Tidak! engkau juga insan, sepertiku
Yang punya masalah sendiri
Cukuplah engkau terbeban dengan kesulitan diri..



Hajatku ingin melangkah lebih jauh 10:00 PM







sendirian, aku berfikir. tentang masa depanku yang kelabu. tentang harapan-harapanku dan cabaran-cabaran yang akan kutempuhi. pantas tanganku mencoret segalanya di atas kertas. menterjemahkan segala ideaku dalam bentuk tulisan.



menulis dan terus menulis



otakku ligat bekerja dan pen tidak berhenti menumpahkan dakwatnya. aku terfikir akan persoalan:




"siapakah sebenarnya aku?"



aku berfikir dan akhirnya aku menemui jawapannya.



aku, ialah hamba yang x akan merdeka
aku, ialah seorang anak
aku, merupakan seorang pemimpin masa depan
dan aku hakikatnya cuma seorang manusia sama seperti kamu semua..




aku juga terfikir akan cita-citaku. juga harapan ibubapa yang terpikul di atas bahuku ini.



cita-citaku tinggi. setinggi bintang di angkasa raya. namun aku masih berpijak di bumi nyata. cita-citaku memang besar tetapi tidak mustahil untuk direalisasikan. cuma memerlukan pengorbanan yang tinggi dan usaha yang berterusan. ini kerana aku yakin yang harga sebuah kejayaan amat mahal. bukan calang-calang orang yang bisa menggenggamnya....

pengorbanan anak kecil... 8:05 PM


Kisah ini terjadi di Palestin. Pada waktu perang salib antara pasukan kaum muslimin. Pasukan salib yang berasal dari pelbagai penjuru Eropah datang ke Palestin, memerangi kaum muslimin di sana.





di Palestin ada sebuah keluarga miskin terdiri daripada seorang ibu dan anaknya. Ibunya berkata kepada anaknya," pasukan salib telah menguasai daerah kita dan merampas semua kekayaan kita. kita tidak memiliki apa-apa lagi kecuali seekor kambing. anakku, ibu minta kamu agar menjaganya dengan baik kerana itulah harta kita satu-satunya."









sang anak membawa kambingnya ke tempat pengembalaan yang subur dan membiarkan kambing itu makan rumput-rumput hijau yang segar. ketika kambingnya asyik makan, dia duduk di bawah pohon yang rendang sambil mengawasinya. anak itu berkata kepada dirinya sendiri," susu yang akan keluar dari kambing ini adalah satu-satunya sumber makanan bagiku dan ibuku. sebahagian susu itu akan aku jual ke pasar dan sebahagian lagi untuk minum. maka aku harus mengembalakannya dengan baik."









ketika dia sedang asyik berfikir dan mengelamun, tiba-tiba dia mendengar derap kaki kuda. dia melihat kearah datangnya suara itu, di kejauhan debu mengepul dan dia melihat ada rombongan pasukan datang. segera dia lari ke arah kambing kesayangannya dan membawanya bersembunyi ke semak-semak yang rimbun. dari balik semak, anak itu melihat pertempuran yang sengit. sekelompok pasukan salib sedang mengejar pasukan kaum muslimin. anak itu terus menunggu sampai pasukan itu menjauh. lalu dia menuntun kambingnya menuju rumah untuk melihat keadaan ibunya.








saat dia sudah hampir dengan rumahnya, dia melihat seorang tentera muslimin sedang memapah temannya yang sakit. tentera itu meminta anak tersebut seteguk air untuk diminum. anak itu tidak menemukan air di rumahnya kecuali sedikit dan tidak cukup untuk minum. anak itu segera berfikir. dia kembali ke rumahnya mengambil mangkuk lalu memerah susu kambingnya dan memberikannya kepada kedua tentera tersebut.








ketika dia merasa masih kurang, dia kembali memerah susu kambingnya sehingga keduanya cukup minum. kedua tentera itu mengucapkan terima kasih padanya. tentera yang cedera berkata kepadanya dalam kepayahan,"Allah memberkatimu, anakku. kau telah menyelamatkan nyawaku."








keduanya lalu pergi. sang anak masuk ke dalam rumahnya. sang ibu marah melihat apa yang dilakukan anaknya. "apa yang kau lakukan, anakku?1 kau telah memerah semua isi susu kambing kita dan kau berikan pada kedua tentera itu, dan tidak kau tinggalkan untuk kita sama sekali!!"









sang anak berkata dengan lembut kepada ibunya," ummi, kita sabar sebentar. tak lama lagi susu kambing itu akan terisi kembali, ummi. aku tidak sanggup membiarkan tentera cedera mati kehausan.








bulan berganti bulan, kaum muslimin di bawah pimpinan sultan Salahuddin Al-ayyubi akhirnya memenangi peperangan. tatkala anak itu sedang bermain di halaman rumahnya, dia melihat dua orang berjalan ke arahnya. keduanya mengiring kambing yang cukup banyak jumlahnya. salah seorang dari keduanya berkata,"Anak yang soleh, ini kambing jumlahnya 40 ekor. semuanya dihadiahkan untukmu dari komanden kami. kau telah berjasa menyelamatkan nyawanya."









"tetapi, aku tidak melakukan hal yang selayaknya untuk menerima hadiah yang sebanyak ini tuan," sahut si anak.










"bahkan kau telah berjasa besar sekali. kau telah menyelamatkan nyawa salah seorang komanden pasukan kepercayaan sultan salahuddin. secara tidak langsung kau telah ikut serta dalam kemenangan kaum muslimin." kedua tentera tersebut menyalami anak itu dengan hangat lalu pergi.








ketika kedua tentera itu melangkah pergi, sang ibu keluar dari rumah. dia terus mendakap anaknya dengan penuh kasih sayang seraya berkata,"aku telah mendengar semua percakapan kalian, anakku. segala puji bagi Allah yang telah menggantikan harta kita yang hilang."








"amal kebaikan tidak pernah hilang, ummi." jawab sang anak lirih.





sabah..... 10:50 PM

first time jadi relawan haluan ke sabah...

nie diari saya ke sabah...

enjoy it!!



jumaat 23/10/2009



                                                                      



kami tiba di KLIA kira-kira pukul 3:30 petang..

nie semua para haluan yang akan berkhidmat di sabah nanti...











kami berada di dalam kapal...












di atas bumi...

langit illahi yang mengagumkan!!












alhamdulillah! kami selamat sampai ke sabah...

sekarang kami dalam kapal lagi....













di hadapan pemeriksaan passport...

saya guna surat beranak, kad pengenalan hilang di saat akhir...

alhamdulillah, boleh lepas!










kami tiba di Kingston Hotel kira-kira pada pukul 10:00 malam...

menaiki van sewa...














mereka bergambar di depan bilik...







sabtu 24/10/2009






   tepat pukul 5:40 pagi, kami turun untuk mendengar sedikit tazkirah...















tazkirah diberikan oleh dr. Mohd Zamrin dan dr. Basir...













tengok relawan haluan nie...

dah ready menjalankan tugas!















kami tiba di sekolah yang pertama, sekolah kebangsaan Pangi...

ini kawasan pendaftaran...













inilah bangunan sekolah kebangsaan Pangi...

besar tak?!

kalah sekolah rendah ibn khathir... :)














sebelum buat kerja, kena isi perut dulu...

so, kami semua dihidangkan nasi lemak...

yang dalam gambar tu ibrahim (matri)....















dr. Azhar Ahmad, Pak cik Ibrahim dan dr. Zamrin syok berbual sampai lupa makanan di depan mata....














pelajar-pelajar s.k Pangi....

comelkan?!
















dr. nor Azian dan abang Waqiuddin...

yang sedang susun kerusi tu Sarah...
















pemeriksaan kesihatan dah nak start...

kami sibuk menyusun ubat...















kami sedang susun ubat lagi...















kawasan pemeriksaan darah...

dari kiri, dr. Basir dan dr. Azhar Ahmad...



















di kiri tu, Abang Waqiuddin...

dia sedang check bp pak cik Ibarahim....



so, jangan kacau kerjanya...

kita fokus pada gambar seterusnya...
















ini kaunter ubat...

kami berdua, 
maryam (tudung hitam) dan saya (tudung hijau..sebelah maryam, ~tersembunyi sikit~) memerhati kak Husna bagi ubat kepada pesakit...


















yang duduk di kiri nie cikgu Jumidah namanya...

kenal?!

dulu, dia mengajar di SRIK...

siapa yang mengenalinya, beliau kirim salam...




















kawasan pendaftaran....

dari kiri, mak cik Aida dan mak cik Sumi...

kedua-duanya haluan Sabah...


















kerja dah habis.. ape lagi, makanlah!

makanan tak seberapa, tapi sedap!

untuk menambah kelazatannya, kami semua turun ke pantai dan makan di situ...

kebetulan ada beberapa abang-abang dan pak cik-pak cik 'sabah' bermain gitar di situ juga...

so, mereka dengan ikhlasnye mendendangkan lagu 'sayang kinabalu'...

sedap suara mereka! kalah mawi!



















jelas tak gambarnya?!

kami bergambar di hadapan sekolah kebangsaan Pangi...

nak tahu saya berada di mana?!

saya berada di barisan hadapan, pegang 'haluan' tu...

dan sebelah saya, abang Harits... :)

nampak?!

kalau tak nampak jugak... buat-buat nampak je lah!


















beraninye Abang Harits bergambar bersama anjing!!

kita patut mencontohi keberaniannya!

















kami menunaikan solat zohor jamak takdim asar di masjid nie...

maaflah, gambarnya kecil sangat..












setelah solat, kami dibawa ke gerai yang berdekatan untuk makan petang...

sempat bergambar.... Dr. Basir (yg pegang kamera tu), kak Husna dan Dr. Azian...


kemudiannya, kami melewati perkampungan Pangi...














kami, para Haluan Malaysia takjub melihat keindahan laut di perkampungan Pangi...

















kami sekeluarga tidak lupa bergambar bersama...

(gambar pertama)  dari kiri... Dr. Wan Zalillah, Khoula, Dr. Mohd. Zamrin dan Maryam...

(gambar kedua) tengah-tengah tu Harits....













            berkerut muka Abang Azrul...

ntah ape yang dilihatnye sampai berkerut seribu camtu....

mungkin dia menatap rumpai laut di bawah sana...

atau mungkin ikan-ikan kecil...

kalau tak pun, najis kot?!

tak kesahlah bende ape yang abang Azrul nampak....



gambar seterusnya...

















comel tak budak kat atas tu?!

saye pilih budak tu antara beratus budak di sana untuk bergambar ngan sye....

jurufoto nye.... sape lagi kalau bukan Harits.. :)



















cube teka kami bergambar di mana?!

di hadapan masjid...

dari kiri... 

abang Waqiuddin, Ibrahim (Matri), Pak Cik Ibrahim, Shahir dan abang Azrul..

kami solat maghrib dan jamak takdim isyak...

sekali makan malam di sana.... 

disediakan orang kampung di sana..

daging rusa, kambing... sume ade!!



malamnya kami menginap di Hotel Semporna...










ahad 25/10/2009








kami bertolak ke sekolah Kunak 3 kira-kira jam 7:00 pagi,

sesampainya kami di sekolah yang kedua,

kami bersarapan dulu.... 

mie goreng bersama telur mata kerbau dan segelas air milo panas...














di sinilah Pak Cik Ibrahim dan Dr. Hamimah menyampaikan ceramah kesihatan kpd penduduk 

Kampung Kunak 3 sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan...













sementara doktor-doktor menyusun peralatan...


beberapa jurufoto kecil Haluan meronda kawasan perumahan Kunak 3...












dewan serbaguna Kunak 3 yang tersergam indah...














bilik pemeriksaan...

dari kiri... Abang Waqiuddin, Dr. Mohd. Zamrin dan jurufoto kami, Pak Cik Abdul Kadir..













Dr. Azian sibuk menasihati pesakit agar menjaga kesihatan...

pesakit pula tekun mendengar...

ntah faham ke tak?!











kaunter ubat kini dibuka! patient pertama...

para haluan dari kiri.. Khoula, Kak Husna, Sarah dan Pak Cik Ibrahim..















makan tengah hari yang mengenyangkan!

dari kiri... Khoula, Sarah, Dr. Wan Muhaizan dan Dr. Wan Zalillah...














Haluan bergambar bersama 'yb' bahagian kunak...







ahad 26/10/2009..




hari nie, kami dibawa bersiar melihat penduduk di laut...

kami bertolak pukul 8:00..

sungguh menakjubkan!!







nie rumpai laut...

mereka yang tinggal di laut nie membuat pertanian rumpai laut...























lautnye jernih...

dan cetek...












inilah orang bajau laut...

mereka hanya tinggal di laut...

makan, minum, mandi, tidur, semuanya atas laut..

beranak pun atas laut jugak...

cuba bayangkan...

kalau mati?!












aik?!

kenapa tetibe ada gambar ayam nie?!

haha...


orang selalunya bela ayam dalam reban...

tapi, kat sana, ayam dibela dalam sampan...




banyak lagi yang kami teroka...
tapi, setakat nie je la, ea?!

wallahu a'lam... :)